Monday, January 26, 2009

sesuci cinta Aida al-Qaddumi

menyelak akhbar berita harian hari ini. aku tertarik dgn sebuah artikel. tajuk artikel bunyi macam tak patut. tapi. selepas diteliti. sungguh mendalam dan bermakna artikel itu bagi aku. malah rasa kagum mula bersarang di lubuk hati.


Sucinya cinta Aida bila perkahwinannya adalah semata-mata untuk menambahkan bilangan 'pejuang' dan hanya mahukan beliau mati sebagai seorang 'syahid' di Israel.

Kagumnya pada Aida tatkala mengatakan impian kehidupannya di tangan Tuhan.

Bangganya dengan Aida saat menyimpan azam utk membesarkan anaknya dengan menghormati Islam dan diajar dengan cara berkenaan supaya dapat memasuki syurga dengan mudah.

Sunggu hebat cintamu Aida. sungguh aku mencemburuimu. mana mungkin cinta hebat ini mampu kau dapat. Jika cinta padaNYA belum kau genggam erat. Subhanallah. sungguh aku mencemburuimu.

Jauh di sudut dunia ini. aku doakan kau sentiasa dalam rahmatNYA, Aida. bahagia bersama suami yg kau cinta. bersama impian dan cita-citamu yg akan dimakbulkan. kerna hanya itu yg ku mampu. mengutus keping2 doa. agar kalian terus dlm rahmatNYA.



2 JempuTlah BerbisiK:

Hamz said...

syahdunyer...........

FuzAma said...

heee...(",)