aku tertarik utk mengupas isu ini apabila terbaca beberapa artikel drpd sebuah blog yg penulisnya mengakui bhw dia telah menolak hadis dan hanya berpegang kepada Al-Quran semata-mata. dan aku mula beristighfar panjang tatkala dia mula mempertikaikan beberapa kejadian seperti Is'ra Mikraj dll.
Ampunkan aku Ya Allah. kerna aku bkn seorg yg arif dlm bidang ini. sungguh hambaMu ini sangat jahil.
Maka aku pun merujuk kepada abang aku yg merupakan bekas pelajar universiti Al-Azhar jurusan syariah. dan menurut abgku.
Untuk bercakap mengenai Al-Quran kita perlu ada 4 perkara.
- menguasai sebab penurunan ayat-ayat
- menguasai tatabahasa bahasa arab kerna Al-Quran itu dlm bahasa arab
- menguasai tafsiran Al-Quran
- menguasai penyusunan Al-Quran, sejarah Al-Quran
bila aku utarakan solan ini pada teman serumah. ini antara jawapannya.
hadis utk menjelaskan maksud Al-quran. contohnya solat. Al-quran tak menjelaskan cara2 detail utk solat. jadi hadis membantu. dan hadis itu drpd junjungan mulia Rasulullah s.a.w. yg pastinya baginda hanya berkata2 berdasarkan wahyu.
Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. (3) Segala yang diperkatakannya itu (samada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya (4) - Surah An Najm ayat 3-4
betul. aku setuju. jadi Al-Quran dan hadis tidak blh dipisahkan. bagi aku. mempersoalkan sesuatu perkara tak salah tapi ingatlah. Allah itu Maha bijaksana. setiap kejadiannya ada rahsia sendiri. contohnya ayat-ayat tunggal dalm Al-Quran. tiada siapa dapat mengetahui jawapannya hingga kini. begitu jg peristiwa di Segi Tiga Bermuda. hingga sekarang masih menjadi rahsia. jika terlalu mempersoalkan. seolah-olah kita meragui kekuasaan dan kebijksanaanNYA. dan siapa kita yg nak menandingi Pencipta kita!
bisik sikit: kalau lapar tak pula kita persoalkan kenapa kita lapar. yg tahu kalau lapar terus cari benda nak makan.
1 comment:
Intan: TEMPUA: tempua memanglah sifatnya sebegitu, dia ingin bersarang tinggi kerana menganggap hanya sarangnya yang terindah tetapi dia selalu lupa bahawa dia bersarang di hujung ranting yang tersangat kecil.
Pesan abah, jika kail panjang sejengkal janganlah lautan hendak diduga. Hanya dengan ilmu dan berguru kita mampu mencari hala tuju yang benar dan betul. Islam bukan ilmu logika tetapi titipan wahyu iaitu sesuatu yang kadangkala tidak mampu terfikir. Ingatlah buat yang diperintah dan tinggalkan yang dilarang. manusia berhadapan dengan pasangan iaitu ada suka ada duka, ada hidup ada mati. ada lelaki ada perempuan. ada positif ada negatif dan akhirnya ada syurga ada negara.malah Syurga dan negara juga adalah sesuatu yang tidak terfikir oleh manusia. Tahniah dan syabas kerana iman anak abah masih tetap kukuh dan teguh.
Salam ilmu dari abah di desa warisan yang permai.
Post a Comment