Monday, November 17, 2008

Study vs Kerja

Yang dinamakan manusia itu adalah makhluk yg tak pernah kenal erti puas. Hah!.mcm dahsyat je bunyi intro dia. Bkn apa dulu2. aku selalu rasa betapa seronoknya kalu dh keje. Dpt duit. Blh beli mcm2. tak payah pikir homework, test, exam. tapi bila dah keje. Rasa betapa bertuahnya jadi student. Tak payah pikir pasal gaji, karenah officemate, boss lagi, bil itu, bil ini n mcm2la. Tu blm kahwin. Kalu dah khwin lagila. Pasal husband, anak, famili sendiri,famili husband, rumah, kereta etc...memang betullah manusia tak pernah puas. Dah dpt ini. Nak itu. Dah dapat itu. Nak ini pulak. Manusia…manusia.

Apapun. Kebenarannya mmg jadi student ni sangat menyeronokkan. Bayangkan. Paling teruk pun kita gagal periksa. Kena marah. Kena kutuk. Tapi still ada tempat tinggal. Boleh makan. Still ada org yg tanggung kita. Then paling teruk pun. Kita sakit hati dgn kawan2. yg kalu kita tak amik pusing. Tak kan kesan apa2 pun pada hidup kita. Tak dak la plk kan kalu kita gaduh dgn kawan sampai study tunggang langgang. Lainla bercinta. Yang tu. no komen.

Lainla pulak bila dah kerja. Segalanya bersangkut paut. Sebb kita bekerja dlm satu organisasi. Kalu sorg buat perangai. Effect semua. Silap2 blh kena kat kita. Belm kira karenah boss/phk atsan lagi. Yg ok bagusla. Kalu yg style demand je. Tak ke menyampah. Pastu. Pasal politik pula. Bkn setakat parti2 ni. Yg tak parti pun banyak. Well...masing2 nak jaga perut sendiri. Tapi bagi yg tak ingat akhirat la. Ada jg yg ok.

Tapi yg pastinya aku dah dpt sikit kesimpulan tntg hidup ni. Selalunya org yg pandai bercakap ni, banyaknya tak pandai buat kerja. Tapi yg pendiam ni rajin & cekap buat kerja. Betapa adilnya Allah tu kan. Ada lebih ada kurg. Tapi jgn pula buruk sangka. Cuma lepas ni lebih bersedia dan berwaspada. Jgn mudah menilai dan menghukum org. Dan banyakkan menghargai org. Mungkin ada kebaikan yg dia buat di luar pengetahuan kita. Sentiasa merendah diri dan hormat menghormati. Insyallah. Kebahagiaan tu bkn dongengan.

Pesanan penaja “Nikmati apa yg diberi. Hargai segala yg dimiliki. Sebelum ia diambil pergi. At least adala juga memori.takut nanti menyesal pun tak guna lagi”

3 comments:

Anonymous said...

patutlah hari tu abg awk cakap awk keje sambil belajar. saya ingat dia nak kenakan saya je..
boleh bawa ke keje n belajr sekali?

FuzAma said...

ainunl: alamak! apa lgi dia crt kat awak??hee...mmg susah...huk3...nasib baik boss sporting!so okla. lagipun kerja sy ni pun involve student jg.2 dlm 1.

Anonymous said...

dia tak cite apa pun

dia cite yang baik2 je

(ayat macam la kami ni selalu berborak)hehe