kalau bercinta. kita mesti nak tahu sejauh mana kita dicintai oleh pasangan. jadi. kita pun memberi ujian. suruh member kita goda dia ke. buat2 sakit ke. dan kalau pasangan kita lulus. atau bertindak seperti yg kita harapkan. maka kita akan lebih cinta dan sayang padanya. begitu jugalah Allah dan hambanya.
Allah juga mahu menguji. sedalam mana cinta hambanya padaNYA. sejauh mana ingatan hambaNYA pd DIA. maka berbahagialah jika diuji. kerna. ujian itu tanda sayang dari Allah. dan ujian itu berbeza-beza mengikut tahap keimanan dan kemampuan masing2. Semakin tinggi iman seseorang, semakin besar dan berat ujian yg harus ditempuhi.
ujian paling besar adalah ujian utk para nabi dan Rasul. jadi. usah gusar. ujian utk kita. tidak seberapa. Malah pernah para sahabat merasa bimbang jika tidak diuji. kerna bimbang tidak mendapat perhatian dan sayang dari Allah. kerana. Allah hanya memilih yg tertentu shj. utk diberi ujianNYA.
Ujian juga berbeza2. ada yg duka. ada yg suka. semua itu ujian. kerna setiap ujian adalah utk membawa kita kembali kpdNYA. betapa Allah sangat mencintai hamba2nya. DIA mahu menaikkan darjat hamba2nya.DIA rindu mendengarkan rintihan. rayuan. permintaan dari hamba2nya. maka sebab itu DIA berikan ujian. kerna DIA mahu kita ada sesuatu. sebagai bekalan di sana nanti. dan bekalan di sana. hanya ada satu rempah. paling pahit. tapi hasilnya nanti. manis. rempah itu adalah...sabar.jadi. teruskan langkah. walaupun pahit. walaupun lelah. walaupun payah. itu semua sementara. yakinilah. Allah itu ada. ujian itu. anugerah DIA. tanda cinta dariNYA.
Mama,
kami semua. anak-anakmu. masih ada.
kita akan tempuhi bersama.
ujian itu.
kita akan tempuhi bersama.
ujian itu.
2 comments:
kalau time uji pasangan kita tu...contoh cam wat2 sakit tu..hahhaa..kalau dia wat tak tahu je...maknanya???
erm...maknanya???mybe dia tak tahu kita sakit...buat2 tak tahu...atau mmg tak mau amik tahu...tapi ujian cinta manusia berbeza dgn ujian cinta ALLAH. cinta manusia jgn diuji. takut makan diri. yg penting. saling mempercayai. hanya Allah selayak Penguji.
anonymous:jgn silap menguji ya...takut makan hati..heee
Post a Comment